Wednesday, May 11, 2016

Tree Steak House

Hari ni adalah hari lahir mama dan papa. Tahun ni umur mama dah 36 dan papa pula 58. Bila birthday jatuh pada weekday, tak dapat nak buat makan2.

Sekadar untuk menyimpan memori, kami ke tree steak house untuk celebrate birthday mama dan papa. Tiada kek birthday. Just makan western food.

Tunggu rayyans habis sekolah agama, then kami terus ke paya jaras. So far, tree steak house adalah kedai western food feveret kami anak beranak.

Satu cabaran bila makan kat luar sekarang. Hafiy dah takmo dok diam. So mama n papa kena gilir2 makan sebab nak jaga hafiy.

Air sampai 5 gelas. Mula2 mama orderkan fresh orange untuk papa. Pastu papa plak g order teh tarik. Kembung nak mengabiskan semua air.

Rayyans makan grilled chicken chop. Diorang cuma makan ayam dan kentang. Coleslaw tu mama n papa kena jadi tong sampah tukang pengabihkan makanan.


Mama makan gabungan lamb chop dan steak. Sos pun gabungan bbq sos dan blackpepper sos. Kalau datang sini, mama akan order menu ni je.

Papa makan lambchop. Best lamb chopnya lembut jer. Cuma tak dapat nak takes sweet time menikmati makanan. 

Bila dah ada anak kecik yang tengah aktif, nak kunyah makanan pun rasa tak sempat. Masuk mulut, kunyah ala kadar terus telan. Nak cepat habis makan punya pasal.

Our family yang makin berkembang. Mama ada satu lagi kuota untuk operate tambah anak. Harap2 mama ada rezeki untuk timang anak perempuan juga.

Dihari lahir mama dan papa, mama harap semoga kami dipanjangkan umur. Diberi kesempatan untuk tua bersama2. Semoga kami sentiasa hidup dalam kebahagian.

No comments:

Post a Comment